PUTRAJAYA – Negara tidak memerlukan satu lagi parti politik yang memecahbelahkan masyarakat di negara ini.
Veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, negara sudah berpecah daripada segi perbezaan jantina, pemahaman dan banyak aspek lain dan tidak memerlukan satu lagi parti politik yang memisahkan golongan muda dan tua pula.
“Saya kata jangan cetuskan pecah belah dalam berpolitik apabila tiba-tiba semua mula memisahkan diri, kamu lelaki dan wanita wujudkan cerita, pemecahan.
“Kini kamu memecahkan ikut muda dan tua pula dalam politik.. cukuplah pecah belah yang sudah ada di negara ini jangan menambah lagi dengan satu lagi,” katanya ketika ditemui selepas Forum Anti Rasuah Kedua di sini hari ini.
Beliau mengulas demikian merujuk kepada penubuhan Muda Malaysia oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Rafidah juga mempunyai keraguan sama ada mana-mana rakyat tempatan yang pernah mengelar dirinya sebagai Malaysian dan bukannya Melayu atau Cina atau India.
Katanya, beliau sentiasa menggelar dirinya sebagai ‘Malaysian’ dan heritage Melayu sebagaimana orang Singapura menggelar diri sebagai Singaporean serta warga Indonesia sebagai Indonesian.
“Saya suka gelar diri dengan bangga sebagai I am Malaysian dan heritage Melayu.
“Malay tiada negara hanya warganegara Malaysia sahaja ada negara..begitu juga orang Singapura memperkenalkan diri sebaga Singaporean dan juga orang Indonesia sebagai ‘Indon’ bukannya ikut agama.
“Kita yang main mengada-gada. kita pecah belahkan diri..adakah nyamuk Aedes pilih orang contohnya saya pilih awak sebab berkulit gelap? Tidak..sama juga dengan Covid-19.
“Tak perlu memulakan lebih pecah belahkan orang muda dan tua sebab suatu hari nanti muda akan menjadi tua juga,” ujar beliau.
Tegasnya, beliau mula berpolitik pada usia 22 tahun dan diangkat sebagai senator termuda pada usia 30 tahun.
Menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu lagi, sepanjang zaman muda, beliau mempelajari banyak perkara daripada pemimpin berpengalaman dan lebih tua dalam parti.
“Saya belajar dari orang yang membina negara bukan orang yang memusnahkan negara,” tegasnya.-MalaysiaGazette
Masalah2 dalaman parti anda, parti pejuang ke apa eloklah dibincangkan secara tertutup! Sesama sendiri antara kaum kroni!
Ramai yang tidak berminat nak dengar!
Bermakna kalau tertubuhnya parti orang muda. Orang seperti yang ada sekarang tidak diperlukan lagi. Maka kurang lah Sambutan parti pejuang . Tidah tahu lah pula apa yang dipejuangkan. Melayasia telah aman. Hendak pejuangkan Nasib rakyat jauh sekali. Dinilai pada 22 bulan mentadbirkan negara.