Hazwan Mohamad

KUALA LUMPUR – Agak tempang dan naif pendirian Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang mahu sekolah vernakular sedia ada diteruskan, tetapi mesti diselaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi Parti Berjasa, Hazwan Mohamad berkata, aspirasi untuk memperkasakan pendidikan negara itu sangat tepat, tetapi yang mencadangkannya tidak boleh terlalu naif.

“Saya faham aspirasi di atas kertas untuk memperkasa Pendidikan Kebangsaan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ini amat cantik. Tetapi, sesiapa sahaja yang mencadangkan aspirasi ini tidak boleh terlalu naif.

“Ini kerana, ianya (nampak) cantik di atas kertas (sahaja), namun hodoh apabila tiba masa hendak melaksanakannya,” katanya sebagai respon kepada kenyataan Khairil Nizam Khirudin pada Konvensyen Enam Bulan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Dalam kenyataan itu, tiga pendirian Pemuda Pas dinyatakan Khairil Nizam, iaitu pertama, kerajaan terutama di bawah Kementerian Pendidikan tidak perlu menambah lagi sekolah vernakular baharu, kedua, sekolah vernakular sedia ada boleh diteruskan, tetapi mestilah selaras dengan aspirasi pendidikan negara dan mengutamakan kemenjadian murid, dan ketiga, seiring dengan itu, wajar diperkenalkan subjek elektif Bahasa Mandarin dan Tamil seawal pendidikan sekolah rendah kebangsaan.

Menurut Hazwan, aspirasi Pemuda Pas itu bukan baharu, kerana setiap tahun kerajaan pemerintah membuat cubaan demi cubaan untuk memperkasakannya, contoh, silibus Bahasa Melayu di SJK.

“Saya ambil contoh, ketika tahun 2013, cubaan Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan menambah waktu pembelajaran Bahasa Malaysia di SJK dari 180 minit kepada 240 minit telah ditentang oleh pendukung sekolah Cina. Akhirnya, jurang penguasaan subjek Bahasa Malaysia di sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan masih melebar.

“Tahun lalu pula, (bekas) Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mahu memperkenalkan tiga muka surat tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 termasuk di SJK. Habis gegak gempita pendukung sekolah Cina ini membantah sehingga akhirnya menteri datang ‘menyembah’ sekolah Cina ini dengan membawa tanglung besar.

“Maka, saya ingin mengajak Pemuda Pas untuk sedar hakikat realiti, bahawa tanpa ketegasan pemerintah untuk membawa kembali struktur sistem pendidikan kita selaras dengan aspirasi Perlembagaan dan Dasar Pendidikan yang kita persetujui bersama, hasrat untuk memperkasa sistem pendidikan negara tidak akan berjaya,” katanya.

Tegasnya, orang Melayu ketika ini sedang berhadapan dengan pertubuhan yang menyuntik ideologi anti-nasional dalam sekolah vernakular.

Katanya, bagaimanapun mungkin kerajaan boleh membenarkan perkara ini berlaku.

Justeru, beliau mengajak Pemuda Pas untuk bersama dengan rakyat Malaysia yang mahu satukan sistem pendidikan negara dengan bersetuju dahulu untuk memansuhkan sekolah vernakular. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Smua itu atas kepentingan politik..fikir lah masak2..klu puak2 cina tak undi krjaan pun, parti2 mlyu tetap akn dpt tubuhkn krjaan , selama ini pun parti2 berasaskn kaum terutama dap, mca, bkn u di sgt pun krjaan…so tak perlu bk jadi manusia melukut di tepi gantang lh utk minta simpati undi, jgn smpai anak bngsa tergadai dek krana politik2 bodoh ya. Pihk mejoriti perlu tegas apa2 yg termaktut dlm pelembgaan tak prlu nk ikut tlunjuk pdtang n puak2 menority..ingat tu..klu ngra kita nk aman ikut lh kaum mejoriti..kaum mejeriti tidak akn mendajarkn puak2 menority..

  2. Dgn adanya sk vernakular ini, puak2 melayu konservatif pelampau ini merasakn ‘islamisasi dn melayunisasi’ sukar dilaksanakn diperingkat ‘buluh rebung’ lagi..sdh lumrah manusia akn tertarik dgn ‘ budaya dan agama’ yg maju dan berdaya saing tak perlu ada pemaksaan..dapatan dripda kajian2 yg dilakukn mengapa sk kebangsaan atau jga diberi jolokn sbg sk melayu ini semakin dijauhi atau kurang mendapt tempt dihati ‘bkn melayu’ tdk pula diketengahkn, yg diuar2kn hnyalh perspektif negitif di canang siang dan mlm..prof Teo kok Siong pernh mengatakn jika sk keb ini tdk merubh sistemnya, berkemungkinan sk vernakular akn lebih berbilng kaum brbanding sk ‘melayu’..tepuk dada, tnyalh iman..wassalam..

Comments are closed.