Ketua Polis Selangor, CP Datuk Noor Azam Jamaludin

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

“Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada yang ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

“Kita akan buat permohonan reman pagi ini di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik- beradik selepas bapa mereka meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lepas, telah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.

Jelasnya, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau berkenaan. – Bernama

3 Komen

  1. masalah nie xkn selesai jika pihak2 yg berkenaan xberubah,
    ini merupakan masalah yg serius kerana masalah ini menjejaskan penduduk tempatan,
    pihak2 yg menjadi punca kepada masalah ini seolah2 tidak takut kepada undang2 negara dan tidak mempedulikan penduduk tempatan,
    jika tiada tindakan tegas yg dikenakan,maka perkara ini xmustahil akan berulang,
    lihat saja di sungai kim2,siapa yg menjadi mangsa di atas kerakusan pihak2 yg xbertanggungjawab ini??
    adakah pihak2 yg terlibat dikenakan tindakan yg tegas??
    itu yg menjadi persoalannya

  2. Negara lain berperang sebab air, ni puak2 ni senang2 cemarkn sungai, kata negeri maju, kaya raya , makmur.. air pun tak reti nak jaga.. Bodoh lah korang.. nak cebuk pun susah dah lah kencing merata2..

  3. Puak2 komunis ny ayg tak reti nk jaga sg, ptg kn keuntungan semata2..kami harap pihk bkuasa bertindak tegas kpd puak2 yg cemar kn sg..bukn sorg dua yg terkesan..1.2 juga tahu..mmg celaka komunis ni.

Comments are closed.