MADRID – Barcelona serius untuk membeli perancang tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum.
Pengurusnya, Ronald Koeman percaya dana £10 juta memadai untuk meyakinkan the Kop untuk melepaskan bintang Belanda itu.
Bagaimanapun, pelan tersebut tidak memihak kepada Barcelona seperti diharapkan dalam soal Wijnaldum.
Ini kerana, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menuntut £15 juta daripada Barcelona untuk pemain berusia 29 tahun itu.
Wijnaldum pernah berlatih di bawah kendalian Koeman bersama pasukan Belanda sebelum ini.
Walaupun pengurusan the Catalans mahu membawa semula Thiago Alcantara ke Nou Camp, tetapi risau dengan tuntutan yuran £30 juta daripada Bayern Munich.
Bagaimanapun, Koeman memilih Wijnaldum untuk mengetuai jentera tengah pasukan Barcelona musim La Liga 2020/21.
Wijnaldum juga dikatakan sudah bersedia untuk berhijrah ke Nou Camp.
Wijnaldum telah melakukan 187 penampilan bersama the Reds selepas menyertai Anfield pada tahun 2016.
Musim lalu, Wijnaldum memainkan peranan utama dalam membantu Liverpool menamatkan kemarau 30 tahun tanpa gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).