KUALA LUMPUR – Kenyataan seorang rakyat Filipina kononnya beliau adalah Sultan Sulu, Dr Ibrahim Bahjin Shakirullah II dan mendakwa Sabah milik negaranya amat menyakitkan hati rakyat Sabah dan Malaysia.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, akhbar Filipina, The Manila Times melaporkan Ibrahim telah menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung tuntutan tersebut.
Lebih memilukan, beliau memberitahu, tindakan Ibrahim itu seolah-olah tidak menghiraukan perasaan rakyat Sabah yang lebih rela berada dalam Malaysia.
“Sultan Sulu dia tak hirau warga Sabah sudahpun menyatakan mereka lebih rela menjadi warga Malaysia dan ingin mendapat lebih kuasa autonomi kerana mereka cuma setinggan yang duduk secara haram dalam Sabah.
“Sultan Sulu kata jika Sabah dikembalikan kepada dia, setinggan haram boleh pilih pindah ke Semenanjung Malaysia atau pilih lafazkan kesetiaan pada dia jika mahu terus duduk dalam Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berharap agar kerajaan tidak tunduk terhadap sebarang tuntutan untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.
“Saya harap dan percaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus teguh bagi mempertahankan Sabah. Sabah adalah sebahagian Malaysia buat selama-lamanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tidak mustahil ini akan terjadi jika parti warisan menang dalam PRN yg akan datang…tolong lah rakyat SABAH semua JANGAN kita bagi undi kepada parti WARISAN…allah hu akbar×3 saya tidak mahu SABAH di perintah oleh sultan sulu…ya allah swt lindungi kami dan negeri SABAH dari di rampas oleh sultan sulu..tetap kan KAMI bersama kesultanan MALAYSIA.
Nak sangat Sabah mai perang la. Ingat malaysia nak dok diam celaka2 ni claim sabah milik mereka,.Hgpa yg gadai takhta pada org luar,kelabu mata ngan duit,pas tu terhegeh nak perintah sabah.P mapoh la,sSABAH adalah negeri MALAYSIA,biar hancur isi n kulit,kami tak akan biar SABAH di miliki lanun2.
SULTAN SULU kepala but#& kamu,..aku ludah ja SULTAN SULU yang tak tahu malu nih,tak ada daulat apa pon kamu,gelaran SULTAN tu dah lama hilang dari keturunan kamu setelah kamu jual,.Philipine pon tak iktiraf SULTAN SULU tong kosong ni..,bodoh punya orang.