Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong yang menyebabkan kira-kira lima juta orang mengalami gangguan bekalan air di Lembah Klang adalah perbuatan tidak bertanggungjawab kerana mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian berkenaan dan bertitah agar pihak disyaki punca pencemaran dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan tegas serta hukuman lebih berat.