Foto Instagram Noorkhiriah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia sering menerima mesej berbaur kata-kata kesat daripada individu yang tidak dikenali di Instagram miliknya.

Menurut Noorkhiriah, dia tidak tahu motif individu yang menggunakan nama samaran P.Ramlee itu mengirimkan mesej tersebut setiap hari kepadanya.

Wanita berusia 41 tahun itu turut berkongsikan paparan mesej yang diterimanya memanggilnya dengan nama ‘b*bi’.

“Akak tak marah, cuma sila take note. Tolonglah jaga jari daripada berterusan buat dosa. Maaf, akak tak tutup nama dia. Sebab mamat ini macam sakit mental ke apa ke tak pasti. Tapi hari-hari hantar maki,” tulis di media sosialnya itu

Kata Noorkhiriah lagi, kemungkinan individu tersebut sengaja mahu mencuri perhatiannya untuk meraih pengikut.

Malah, ibu kepada dua anak itu turut tertanya-tanya apa sebenarnya yang terbuku di hati individu tersebut.

“Marah pun tak guna cuma apalah yang terbuku di hati mamat ni agaknya. Rajin betul hari-hari hantar maki kepada akak. Mungkin nak pengikut kot. Sesiapa rajin pergi follow ya,” luahnya.

Perkongsian Noorkhiriah itu turut mendapat respon daripada pengacara Fiza Sabjahan juga mengakui menerima gangguan yang sama daripada pemilik akaun tersebut.

Bagaimanapun, Khiriah berkata, dia memaafkan individu tersebut atas perbuatannya itu. Malah turut menasihatkan individu tersebut agar sentiasa bersopan santun dan tidak lagi menambah dosa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast