Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Pengumuman cadangan pelantikan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah tidak pernah dibincangkan dengan Barisan Nasional (BN).

“Tidak dibincang dengan BN,” kata Shahril Sufian Hamdan.

Ketua Penerangan UMNO itu mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kenyataan mengenai perkara itu akan dibuat.

Muhyiddin hari ini mengumumkan bahawa Hajiji akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Walau bagaimanapun, katanya keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk memimpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji,” kata Muhyiddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast