Wijnaldum bakal memperbaharui kontrak bersama Liverpool sekaligus meranapkan harapan Barcelona mendapatkan khidmatnya musim ini.

KUALA LUMPUR – Impian Barcelona dan Pengurus baharunya, Ronald Koeman untuk membeli perancang tengah Liverpool musnah.

Ini kerana Georginio Wijnaldum sudah membuat ketetapan untuk menandatangani kontrak baharu bersama the Kops.

Bintang Belanda itu dikatakan membuat keputusan tersebut selepas berbincang dengan Pengurus, Jurgen Klopp.

Kontrak Wijnaldum masih berbaki setahun bersama juara baharu Liga Perdana Inggeris itu.

Wijnaldum menyertai Liverpool dari Newcastle United pada 2016 sebelum menjadi pemain berpengaruh pasukan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast