DUBAI (REUTERS) – Oman menerima baik keputusan Bahrain untuk menormalisasi hubungan dengan Israel dan berharap ia dapat menyumbang kepada perdamaian di antara Israel- Palestin, kata media rasmi Oman pada Ahad.
Jumaat lalu, Bahrain menjadi negara Teluk kedua menormalisasikan hubungannya dengan Israel selepas Emiriah Arab Bersatu bulan lepas.
“Oman berharap laluan strategik baharu ini akan turut diikuti oleh negara-negara Arab lain dan seterusnya membawa kedamaian dengan mengakhiri penjajahan Israel terhadap tanah Palestin dan sekaligus menubuhkan negara Palestin yang bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata kerajaan negara berkenaan dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette