Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Zon Melor, Aman Jaya, Kedah yang sepatutnya tamat tengah malam ini disambung sehingga 27 September depan.

Ini kerana menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terdapat 12 kes positif Covid-19 pada saringan kedua.

PKPD Secara Pentadbiran di zon Melor melibatkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.

“Semua penduduk yang terlibat diminta untuk memberi kerjasama dan patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun dua zon lagi yang terlibat dalam PKPD Secara Pentadbiran di Aman Jaya iaitu zon Kenanga dan zon Mawar akan ditamatkan tengah malam ini.

“Keputusan ini diambil selepas saringan kali kedua dilaksanakan pada 9 September 2020 di mana tiada lagi kes positif COVID-19 direkodkan di zon Kenanga, manakala hanya satu kes positif COVID-19 direkodkan di zon Mawar dan telahpun dimasukkan ke pusat kuarantin yang ditetapkan,” ujarnya lagi.

Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang melibatkan tiga zon iaitu zon Kenanga, zon Mawar dan zon Melur yang bermula dari 28 Ogos 2020 sehingga 13 September 2020.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast