Pemuda Amanah Nasional cadang PH Sabah guna lambang parti Warisan sebagai logo PRN.

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) memecat seorang ketua bahagiannya yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jake Nointin yang merupakan bekas ketua parti bahagian Keningau adalah seorang daripada tujuh calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Dia menentang calon rasmi Warisan, Rasinin Koutis selain Perikatan Nasional (PN), PBS, Usno, LDP dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Setiausaha Agung Warisan, Loretta Padua dalam satu kenyataan berkata, pemecatan Jake itu selari dengan perlembagaan parti yang melarang ahli bertanding melawan calon parti dalam pilihan raya atau tanpa izin.

Sementara itu, Basal Bullah telah dilantik sebagai pemangku ketua Warisan Bahagian Keningau.

Semalam, sekutu Warisan, DAP turut memecat ahli yang bertanding di bawah logo yang berbeza.

Julius Favianus yang merupakan ahli DAP Bahagian Liawan diumumkan sebagai calon LDP di DUN Bingkor.

Beliau bertanding menentang calon DAP, Odom @ Peter Dhoms Saili @ Soili, dan PN, PBS, Usno, dan PCS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast