Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut

KUALA LUMPUR – Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali dengan nama Asri Janggut mendakwa telah dilamar sebuah parti politik.

Tanpa menamakan parti berkenaan dan pemimpin yang mengajaknya, pengasas Hot Burger Malaysia itu berkata, politik bukan bidang beliau, tetapi bersedia membantu melahirkan usahawan di bawah program ahli politik itu.

“Saya telah dilamar untuk join (sertai) politik, keputusan yang saya ambil ialah menolaknya.

“(Kerana) politik bukanlah bidang saya, saya hanya akan fokus melahirkan 3,000 usahahawan Bumiputera, memberi peluang pekerjaan dan membantu keluarga susah.

“Saya juga sedia membantu mana-mana ahli politik yang ingin melahirkan usahawan di bawah program mereka atau zon mereka,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, Mohd Asri menggemparkan negara selepas memuat naik dua video siaran langsung yang mendedahkan kewujudan premis perjudian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Berikutan pendedahan itu, beberapa pegawai penguat kuasa MBSA ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.

Menurut Mohd Asri, bagi mana-mana agensi kerajaan, koperasi, usahawan kecil, peniaga jalanan atau individu yang ingin mendapat khidmat nasihat, beliau sedia membantunya bila-bila masa demi kebaikan untuk negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebelum mendawa dilamar parti politik. Aku dah boleh baca niat Asri jangut sebenarnya. Itu tujuan dia.

Comments are closed.