PRN SABAH : Warisan Main Silap Mata Tipu Rakyat – Tok Mat

TENOM- Parti Warisan Sabah (Warisan) ‘bermain silap mata’ apabila mengatakan pihaknya bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) setelah gagal menjadi kerajaan yang bertanggungjawab.

Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Warisan bukan sahaja bertanggungjawab mendokong penubuhan kerajaan dengan menyokong PH pada PRU-14 malah telah mengecewakan rakyat Sabah kerana gagal menjadi kerajaan negeri yang baik.

“Dua tahun di bawah PH, Warisan tidak boleh kata bukan sebahagian PH kerana PH ditubuhkan atas dokongan Warisan tapi pandai ‘main silap mata’.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast