Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU – Meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilihat turun padang Barisan Nasional (BN) berkempen di DUN Darau namun Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehingga kini tidak ada sabotaj yang berlaku.

Tidak menolak Bersatu merajuk kerana tidak bertanding di kerusi itu namun Pengarah BN Sabah itu yakin ia tidak akan berlarutan.

“Berhubung dengan ketidakhadiran pemimpin Bersatu di Darau mungkin mereka perlu masa bertenang sebab Bersatu juga mahu kerus bertanding di Darau, biasalah ada merajuk sikit.

“Yang penting tidak ada unsur- unsur sabotaj yang di bawah,” katanya lagi.

Mengenai pertembungan di beberapa buah kerusi antara Perikatan Nasional (PN) dengan BN tambah beliau tidak bermakna tiada kesepakatan sebaliknya ia menjadi suatu kelebihan asalkan Parti Warisan dapat dijatuhkan.

“Kesungguhan mana-mana parti melihat mereka boleh menang maka terjadilah pertembungan secara persahabatan. Mana-mana parti yang menang asalkan bukan Warisan akan memberikan kelebihan kepada komponen-komponen BN,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Calon BN DUN Darau dakwa Bersatu tak bantu kempen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast