Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU – Ramai pihak nampaknya bersemangat untuk mengalahkan Warisan sehingga sesetengah kawasan ada berbelas calon bertanding namun ia bukan strategi yang betul, kata Bung Moktar Radin.

“Jika melihat daripada pola pertandingan di kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai calon berbelas parti ia jelas menunjukkan pelbagai pihak merasakan Warisan patut diganti,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, meletakkan ramai calon yang ramai bukan satu strategi yang baik, katanya katanya di Program  Ramah Mesra bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Datuk Yakubah Khan dan DUN Darau Datuk Jumat Idris di sini pagi ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar memberitahu, BN komited untuk terus memberi perhatian golongan bersasar khas untuk orang Sabah sekiranya Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat dijatuhkan.

Penambahan bantuan tidak mustahil  dilakukan kerana negeri berkenaan mempunyai sumber yang cukup namun perlu diurustadbir dengan baik.

“Sudah masanya kita kaji bantuan-bantuan ibu tunggal, lanjut usia, OKU, yang tidak ada kerja langsung, tidak ada pendapatan. Ada yang bantuan kit RM200,RM 300 mahu makan beli lampin,” ujarnya.

Bung Moktar juga mengingatkan jentera BN agar bekerja keras menghadapi pilihan raya negeri itu.

Beliau juga memberikan penghargaan kepada Pas kerana meskipun tidak mempunyai kerusi yang dipertandingkan namun parti itu namun tetap menggerakkan jentera membantu BN.

“Saya selalu mengatakan untuk menang kita kena buat kerja cara orang mahu menang sebab kalau kita berangan mahu menang tapi cara bekerja macam biasa itu tidak ngam tidak ada kemenangan kita perolehi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette