Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KUALA LUMPUR – Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan didakwa ada kaitan dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Muhyiddin yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam soal itu juga dibidas.

“Pengumuman kenaikan elaun itu ternyata bukan satu kebetulan kerana ia dibuat di Kota Kinabalu, Sabah pada hari kempen PRN Sabah.

“Seperti yang kita sedia maklum, rakyat negeri Sabah akan keluar mengundi pada 26 September ini tetapi yang lebih memusykilkan adalah apabila Muhyiddin menyalahkan Parti Warisan Sabah yang bersama PH ketika Elaun Sara Hidup Nelayan telah dipotong.

“Sudahkah Tan Sri Muhyiddin lupa bahawa beliau merupakan sebahagian daripada PH dahulu?

“Beliau merupakan anggota jemaah menteri dan seingat kami beliau tidak pernah membantah pemotongan Elaun Sara Hidup Nelayan yang dilakukan ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahudin berkata demikian sebagai mengulas pengumuman elaun sara hidup nelayan di Sabah oleh Muhyiddin hari ini.

Tambah beliau, Muhyiddin barangkali sudah lupa bahawa PH telah berjanji untuk meningkatkan elaun berkenaan sekiranya situasi ekonomi mengizinkan.

“Walaupun wadah politik kami sudah berbeza, Muhyiddin tidak seharusnya menyalahkan PH dan Parti Warisan Sabah tanpa mengingati bahawa beliau merupakan sebahagian daripada PH sebelum ini,” tegas beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. paku dulang paku serpih…mengatakan orang…HUDIN yang lebih. SALAHudin buat-buat lupa sengaja lupa kerusi parlimen kubang kerian diberi padanya oleh PAS ketika Dia di JOHOR tiada harapan utk menang jika bertanding.pernah jadi KETUA PEMUDA PAS JOHOR dan MALAYSIA…tapi akhirnya KHIANAT perjuangan JEMAAH dan sehingga sekarang terus menhentam JEMAAH dan salahkan PAS kerana ikut telunjuk ..d…..

Comments are closed.