MOGADISHU – Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed telah memilih Mohamed Hussein Roble sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Roble, pendatang baharu dalam politik, menggantikan Hassan Ali Khaire, yang dipecat pada bulan Julai lalu setelah berlaku perebutan kuasa dengan presiden.
Pejabat Presiden tidak memberikan maklumat mengenai Roble dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi Twitter.
Pertikaian antara presiden dan Khaire menimbulkan persoalan sama ada pilihan raya negara itu yang sepatutnya berlangsung Februari tahun depan bakal ditangguhkan. – MalaysiaGazette