Penutupan masjid dan surau di Sabah gara-gara kes Covid-19 yang semakin meningkat bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakr berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas bahawa sekiranya berlaku wabak dan atas nasihat MKN serta KKM, penutupan surau dan masjid akan dibuat berdasarkan pada maslahah semasa dan setempat.