JOHOR BAHRU – Enam mayat terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki yang dipercayai pendatang tanpa izin warganegara Indonesia, ditemukan di pesisir Pantai Teluk C, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kesemua mangsa, yang dipercayai berusia antara 31 hingga 46 tahun itu, dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan laut dan ditemukan orang awam di pesisir pantai itu pada 9.40 pagi tadi.
“Kesemua mangsa dipercayai lemas apabila turun dari bot pancung disebabkan ombak besar.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai yang berada dalam bot berkenaan.
Beliau berkata kesemua mayat mangsa yang lemas itu, telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini, untuk dibedah siasat.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala enam yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
— BERNAMA