BANGKOK – Ribuan penunjuk perasaan berarak di ibu negara Thailand untuk mengemukakan tuntutan mereka dalam sepucuk surat untuk Raja Maha Vajiralongkorn.
Para penunjuk perasaan menuntut penyingkiran bekas pemimpin junta, Prayut Chan-o-cha sebagai Perdana Menteri – satu perkembangan reformasi dan perlembagaan baharu untuk mengekang kuasa monarki.
Salah seorang pemimpin tunjuk perasaan, Parit “Penguin” Chiwarak, memberitahu, mereka sekarang akan menyerahkan surat itu kepada Majlis Diraja berbanding rancangan awal untuk berarak ke Rumah Kerajaan.
Setakat ini istana belum membuat sebarang kenyataan.
Malah, Raja Maha Vajiralongkorn tidak berada di dalam negara. – MalaysiaGazette