Salam YAB Caretaker CM Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Dulu seketika, bila pengganas dari Filipina berleluasa di Lahad Datu pada tahun 2013, ramai orang tanya kenapa pada permulaannya.

Polis Diraja Malaysia di barisan hadapan dan Tentera Diraja Malaysia hanya sokongan sahaja.

Ramai khuathir, adakah tentera kita lembab?

Masalahnya bukan tentang tentera depan ke belakang. Masalah itu “ PENGIKTIRAFAN “.

Kalau tentera yang mengetuai operasi, maka kita “ mengiktiraf “ bahawa pengganas Sulu ini adalah tentera, dan akan dipantau dan diselia oleh pihak antarabangsa mengikuti “ Konvensyen Geneva” .

Bawah Konvensyen Geneva, Pengganas ini adalah tentera yang sah, Bila ditangkap, dengan status “ Prisoner of War / tahanan peperangan “, mereka harus dijaga, dan dihantar balik setelah peperangan itu selesai.

Namun, secara gagah dan berani, PDRM dan ATM berjaya menawan mereka dengan Bantuan Artileri, TUDM, Special Branch dalam SATU hari sahaja . Bangga Saya dengan PDRM dan ATM.

Mereka yang menyerah kalah, bukan tahanan peperangan, malah pengganas penjenayah, yang didakwa di Mahkamah dengan tuduhan memberontak terhadap DYMM SPB YDP Agong.

Dalam kes ini, YAB mencadangkan agar Malaysia berunding dengan Filipina.

Ini bukan sahaja TIDAK AKAN menyelesaikan tuntutan Filipina, malah memberikan “ PENGIKTIRAFAN” bahawa Filipina ada locus standi untuk tuntutkan Sabah.

Pemberian iktiraf ini akan menggadaikan hak orang Sabah dan orang Malaysia kepada kuasa asing.

Saya beri contoh:

Seorang jiran kata kereta saya adalah kepunyaannya. Saya tahu. Geran kereta itu saya punya, ansuran itu saya bayar, yang pakai pun saya.

Kalau saya berunding dengan jiran itu, maka Saya iktiraf locus standi jiran untuk tuntut kereta saya daripada saya.

Kalau saya runding dengan dia, mungkin Esok jiran lain pun nak tuntut . Sebab diaorang tahu Saya akan layan walaupun kereta ini memang saya punya.

Yang bahayakan, Kalau runding, mungkin kita akan kalah sesuatu atas prinsip give and take. Process Rundingan bermula, mungkin jiran akan hasut isteri, anak, saudara , jiran lain untuk sokong mereka.

Kita tidak patut melayan tuntutan tersebut. Jangan sekali pun kita bagi harapan kepada Filipina bahawa hak Sabah ini boleh dirundingkan.

Kalau YAB tak faham tentang ini, Saya kesal sebagai seorang anak Malaysia.

Mungkin ada penyokong YAB akan maki hamun Apek Cina kata kenapa orang Malaya nak masuk campur hal ehwal Sabah .

Sorry, Sabah dan Kedah semua sebahagian Malaysia . Apek bukan cakap sebagai anak Kedah sahaja, malah Anak Malaysia!

Salam YAB

2 Komen

  1. Bodohnya shafie apdal tu sebab nak berunding dgn fhilipina…betul lah kata DSI dlm ceramahnya warisan tu parti paloi sebab presedin partinya paloi….

  2. Saya setuju 100% dgn pendapat si penulis. Kita hanya boleh berunding utk sesuatu kes/barangan yg x jelas hak milik. Sabah dah jelas hak milik kerajaan malaysia spt mana yg tercatat dalam laporan suruhanjaya cobbold. Apa lagi asas filipina nk tuntut sabah? Hanya pemimpin yg lemah dan x tetap pendirian saja yg duka berunding. Pemimpin begini X SELAYAKNYA DIANGKAT SBG PEMIMPIN. Shafiee Afdal ialah orgnya.

Comments are closed.