Gambar hiasan. foto Straits Times

SINGAPURA – Juruterbang Singapore Airlines (SIA) menerima cadangan untuk melaksanakan potongan gaji antara 10 hingga 60 peratus.

Keputusan itu dicapai setelah kesatuan yang mewakili mereka bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh SIA dalam usaha menyelamatkan 400 pekerjaan.

Perjanjian baharu antara SIA dan Air Line Pilots Association – Singapura (Alpa-S) itu akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober ini  sehingga Mac 2022.

Jurucakap kesatuan itu berkata, dengan pengurangan itu, SIA dapat melindungi semua pekerjaan domestik sehingga Mac 2022.

Perkembangan ini berlaku kurang dari dua minggu setelah SIA Group mengumumkan untuk melaksanakan pemberhentian kerja kira-kira 2,400 pekerja SIA, SilkAir dan Scoot di Singapura dan luar negara.

Kedudukan kapten yang diambil semula lebih sukar kerana melibatkan pengurangan gaji sebanyak 60%, termasuk 10% komponen pelbagai bulanan (MVC) daripada gaji mereka.

Manakala kapten pula menyaksikan pemotongan gaji sebanyak 25% hingga 28.5%, sementara pengurangan gaji pegawai pertama sebanyak 15% hingga 18.5%, bergantung kepada gaji semasa.

Sebagai contoh, jika gaji pegawai pertama adalah sebanyak S$8,000, jumlah pengurangan adalah sebanyak 15% termasuk 10% MVC dan 5% lagi gaji.

Ini bermakna, jumlah pemotongan adalah sebanyak S$1,200.

Perjanjian terbaharu ini akan menggantikan perjanjian sebelumnya yang bertarikh 6 Ogos, yang mana gaji juruterbang dikurangkan antara 13 dan 50%, termasuk MVC.

SIA mempunyai kira-kira 2,600 orang juruterbang.

Pemotongan gaji akan dipulihkan secara progresif sekiranya pandemi Covid-19 bertambah baik dan waktu penerbangan meningkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast