KOTA KINABALU – Kenapa Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berdiam diri dalam isu penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Itu persoalan Ketua Penerangan Parti Cinta Malaysia (PCM), Muralitharan Ramachandran.

“Mana Patriot? Kenapa diam bila agensi keselamatan kita dihina oleh pemimpin Warisan? Adakah sah Patriot ini barua DAP dan PH?

“Apa cerita pula kali ini? Lagi teruk apabila seseorang yang bergelar bekas menteri, wakil rakyat bertindak sedemikian dengan memperlekehkan wira negara dengan menuduh mereka bersandiwara malah berperang dengan ayam dan anjing.

“Mengapa Patriot diam? Adakah kerana pemimpin itu dalam kalangan parti disokong oleh Patriot? Sepatutnya anda menyokong warga keselamatan kita yang bergadai nyawa bukannya bersama-sama dengan manusia yang lupa diri seperti ini.

“Tindakan mendiamkan diri Patriot sejak kelmarin sememangnya sangat mengecewakan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam tular video bekas menteri itu kononnya mendakwa pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara.

Untuk rekod, pencerobohan di Lahad Datu telah menyebabkan 10 orang anggota keselamatan terkorban termasuk dalam beberapa serangan hendap.

Bagaimanapun Mohamaddin menafikan mengeluarkan kenyataan menghina anggota keselamatan yang terkorban dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kepala Butoh masak asam larr Patriot. Bagus ahli patrioy keluar saja dari persatuan takder pelir, pengecut ni…

Comments are closed.