Tindakan Woodward menghantar pegua berunding dengan kelab lain merekrut pemain baharu ke Old Trafford punca Red Devils gagal membeli pemain musim ini.

LONDON – Legenda Manchester United, Patrice Evra menyalahkan Naib Eksekutif Red Devils, Ed Woodward sebagai punca kepada segala masalah yang sedang melanda kelab itu.

Bekas perancang pertahanan Old Trafford itu berkata, kelab itu menghadapi masalah dari segi membawa masuk pemain baharu yang berbakat disebabkan sikap Woodward menaruh harapan kepada orang tidak betul.

Evra yang pernah menjuarai lima gelaran EPL dan satu gelaran Liga Juara Eropah bersama Red Devils menyatakan kesilapan besar Woodward melibatkan peguam berkenaan dalam setiap urusan rundingan merekrut pemain baharu sehingga mengakibatkan kelab gagal dalam setiap usaha membawa masuk pemain baharu.

Bekas pemain Perancis itu juga mengakui dia menerima panggilan daripada pengarah sukan kelab kelab berurusan dengan Red Devils kononnya ketua perunding kelab itu, Matt Judge dan Woodward sukar untuk dicapai menerusi panggilan telefon.

Dalam video berdurasi 20 minit di Facebook peribadinya, Evra mendakwa kelab kini gagal merekrut pemain utama yang disenaraikan berbeza semasa zaman Sir Alex Ferguson yang mana perkara itu tidak pernah berlaku.

“Dulu sekurang-kurangnya kelab dapat berjaya membawa masuk seorang pemain utama yang disasarkan kelab, situasi itu tidak lagi berlaku kali ini dalam kelab ini.

“Saya masih ingat waktu Fergie terajui kelab, setiap proses beli pemain berlaku pantas tidak seperti sekarang..setiap pemain yang dikenalpasti sebagai potensi besar ditemui bersemuka oleh Fiergie (pengurus) dan David Gill dan memuktamadkan perjanjian dengan pantas dan bijak.

“Saya masih ingat lagi cara mereka datang bertemu saya di Perancis di Kelab Monaco.. ia adalah sesi temubual paling teruk (sindiran) berbanding Agen Risikan Antarabangsa dan FBI (Biro Penyiasatan Pusat).

“Ini menunjukkan komitmen dan keseriusan mereka hormati pihak yang berurusan dalam jual beli pemain, sekarang tidak wujud di kelab kesayangan saya,” keluhnya.

Evra juga mengakui ada pengarah bola sepak kelab lain mengadu Woodward tidak tahu menghormati dan menjawab panggilan telefon tentang urusan pembelian pemain.

Evw juga membidas peguam yang mewakili kelab ini sekadar berbincang mengenai angka dana yang perlu dibelanjakan bukannya nilai dan bakat seseorang pemain itu sehingga mengagalkan rundingan.

“Saya terpaksa mengakui mereka ini bukan dari dunia bola sepak.. apabila kita mahu seseorang pemain dia mungkin menelan kos £20 juta sahaja tetapi kebodohan menyebabkan dibeli dengan £100 juta pula sedangkan pemain itu bukan utamakan wang kamu,” bidasnya lagi ke arah Woodward.

“Bobby Charlton, George Best kesemua pemain ini mencipta sejarah dalam kelab ini..sebab itulah kami menghormati kelab ini,, saya juga sebahagian legasi kelab ini dan mempertahankan sehingga sekarang.

“Namun agak menyedihkan apabila ada individu mahu menghancurkan segala legasi Man United itu demi perniagaan dan wang..apakah mereka gagal sedar bahawa kesemua legasi ini tidak boleh digantikan dengan wang kertas..

“Saya kalau nak boleh dedahkan pengkhianat yang cuba rosakkan legasi kelab dengan pentingkan wang dan keuntungan kelab berbanding sejarah dan kejayaan pasukan.

“Bayangkan saya telah mengorbankan kehidupan untuk mencapai kejayaan dalam kelab ini..sebab itulah saya mahukan pemain, kakitangan dan orang dalam lembaga pengarah ikut jejak langkah sama,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast