KUALA LUMPUR – Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah memperoleh sokongan majoriti untuk membolehkannya membentuk kerajaan Persekutuan hanyalah “September Syndrome… Previously 16, now 26 (Sept)”.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalanm ciapan di laman Twitter.
Beliau menambah, apa pun kuasa kerajaan masih terletak di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“September Syndrome… Previously 16, now 26 (Sept). Whatever the trump card is still with PM,” kata Takiyuddin.
Anwar dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini mendakwa telah memperoleh sokongan majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette