Pascale Cecile Veronique Ferrier

WASHINGTON – Seorang wanita Kanada didakwa di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat kerana mengirimkan sepucuk surat mengandungi racun ricin kepada Presiden Donald Trump.

Pascale Ferrier dari Quebec ditahan di sempadan negara di Buffalo, New York.

Ketika ditahan, wanita ini membawa senjata.

Pascale mengaku tidak bersalah melakukan ancaman terhadap Trump.

Surat yang didakwa dikirimkan oleh wanita itu minggu lepas telah diperiksa sebelum dihantar ke White House.

Dalam kandungan surat itu, tertuduh meminta Trump supaya tarik diri daripada bersaing dalam Pilihan Raya Presiden pada November ini.

Sampul surat itu dikatakan mengandungi racun ricin – racun yang boleh ditemui secara semula jadi daripada kacang kastor.

“Saya menjumpai nama baharu untuk anda: ‘The Ugly Tyrant Clown’.

“Saya harap anda menyukainya. Anda merosakkan AS dan membawanya (negara) kepada bencana. Saya mempunyai sepupu di AS, maka saya tidak mahu 4 tahun ke depan anda sebagai presiden. Menyerah dan tarik balik permohonan anda untuk pilihan raya ini,” tulis dia dalam surat kepada Trump, menurut dokumen Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Surat itu, yang dikatakan oleh FBI mempunyai cap jari PAscale dan merujuk catatan beracun itu sebagai “hadiah istimewa”, sambil menambahkan: “Sekiranya tidak berjaya, saya akan mencari resipi yang lebih baik untuk racun lain atau saya mungkin menggunakan pistol apabila saya dapat datang. ”

Suspek mungkin juga telah mengirim ricin ke lima alamat di Texas, termasuk penjara dan pejabat sheriff, menurut dokumen mahkamah.

Ferrier muncul di mahkamah pada hari Selasa petang di Buffalo, New York, dengan bantuan penterjemah berbahasa Perancis, menurut media tempatan.

Tertuduh meminta mahkamah melantik peguam bela untuknya.

Hakim menetapkan perbicaraan berikutnya pada 28 September ini.

Untuk sementara ini, tertuduh akan berada di bawah tahanan AS kerana pihak pendakwa berpendapat dia berpotensi menimbulkan risiko penerbangan.

Tertuduh atau nama sebenarnya, Pascale Cecile Veronique Ferrier, 53, adalah pengaturcara komputer yang berasal dari Perancis, tetapi menjadi warganegara Kanada pada tahun 2015, menurut media Kanada.

Sumber memberitahu Reuters bahawa dia masih memiliki dua kewarganegaraan Perancis dan Kanada.

Pada bulan Mac 2019, dia ditangkap di Texas kerana membawa senjata secara tidak sah dan menggunakan lesen memandu palsu, menurut catatan penjara.

Dia dihantar balik ke Kanada setelah mendapati visanya terlebih tempoh dan melakukan jenayah ketika berada di negara ini, menurut New York Times. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast