KUALA LUMPUR – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) mengumumkan cawangan Kepong telah kembali beroperasi setelah berunding dan menerima panduan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.

Bank telah menutup cawangan Kepong, termasuk kemudahan perbankan layan diri (SSB) 1, buat sementara waktu untuk menjalankan kerja pembersihan dan nyahkuman pada 22 dan 23 September 2020 selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, usaha pengesanan kontak rapat telah dijalankan.

Semua kakitangan dan pelanggan yang berhubung rapat dengan kakitangan yang terlibat di cawangan telah diuji dan dikuarantin.

UOB Malaysia memberi jaminan kepada para pelanggan dan kakitangannya bahawa langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh kerajaan akan terus dilaksanakan di semua premis UOB, termasuk semua cawangannya, bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Ini termasuk menasihatkan semua kakitangan dan pelanggan UOB yang kurang sihat dan/atau yang perlu menjalani kuarantin untuk kekal
di rumah sehingga langkah susulan selanjutnya daripada pihak berkuasa kesihatan.

Bank juga menggalakkan pelanggan untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan digitalnya, termasuk Perbankan Internet Peribadi UOB, Perbankan Internet Peribadi Plus UOB dan aplikasi mudah alih UOB Mighty. – MalaysiaGazette