Suarez thilang ceria dan sebak pada sidang media terakhir sebelum meninggalkan kelab dan rakan kesayangannya lain.

MADRID – Momen Luis Suarez meninggalkan Nou Camp menjadi perpisahan yang beremosi bagi diri dan rakan-rakan rapat dalam pasukannya.

Bintang sensasi bola sepak La Liga, Luis Suarez dengan nada sebak berkata, dia sebenarnya tidak rela mengkhianati persahabatan Lionel Messi dan meninggalkan Nou Camp.

Bagaimanapun dia terpaksa berbuat demikian dan membuat ketetapan menyertai pesaing terkuat Barcelona, Atletico Madrid demi menyelamatkan karier dan masa depannya.

Pemain Uruguay itu mengakui ketika meluangkan masa buat kali terakhir dia agak berat hati untuk berbual dengan rakan sepasukan khususnya Messi.

“Messi tidak sanggup melihat saya keluar dari Nou Camp dan dia merayu supaya kekal di Nou Camp dan saya kaku kerana tidak boleh cakap apa-apa untuk memujuk dia untuk menerima keputusan saya.

“Namun saya sedar pengurus baharu Ronald Koeman sudah berterus terang bahawa saya tidak diperlukan lagi dalam pasukan ini tapi saya mahu buktikan saya masih boleh beraksi pada tahap tinggi lebih daripada yang diharapkannya..tetapi…..

“Sahabat rapat (Messi) nasihat saya jangan tinggalkan mereka, tapi boss (Koeman) minta saya keluar dari kelab maka saya sedar era saya sudah berakhir di sini (Nou Camp),” katanya dengan suara tersekat seolah-olah tidak daya menyusun ayat dalam sesi sidang media terakhir sebagai pemain Barcelona sebelum meninggalkannya pada Rabu.

Suarez sempat mengambil masa bersama keluarganya melihat stadium Nou Camp sebelum berpisah selama-lamanya semalam.

Ketika berdepan wartawan, Suarez sempat mengucapkan selamat tinggal dan penghargaan kepada kelab yang membentuknya sebagai pemain sensasi dan merangkul pelbagai kejuaraan selama enam musim.

Suarez menyertai Barcelona dari Liverpool pada tahun 2014 dan membantu pasukan itu merangkul empat gelaran La Liga dan satu gelaran Juara-Juara Eropah serta empat gelaran Mahkota Copa del Rey.

“Saya mahu berterima kasih…(sebak)..Mereka (Barcelona) tahu insiden gigit (Piala Dunia) tapi telah menyokong saya untuk menyinar di sini.

“Menjadi impian saya beraksi dalam kelab terbaik dunia dan ia menjadi nyata serta dapat memiliki rakan dan persahabatan yang akrab.

“Lumrah hidup bola sepak memaksa pemain datang dan pergi, tetapi emosi dan kemanusiaan merapatkan kami atas semangat persahabatan.

Suarez dan Insiden menggigit pemain Itali pada aksi Piala Dunia 2014 sebelum digantung enam bulan oleh FIFA akibat perbuatan itu.

“Saya mahu simpan semua memori terindah di kelab ini, selain saat terbaik beraksi dengan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak (Messi),” katanya.

Suarez apabila ditanya sama ada pujukan dari kelab, dia sebagai mengangguk kepala bertanya kembali kepada wartawan:” untuk saya atau… sebelum melemparkan senyuman seolah-olah menjawab soalan itu.

Pun begitu katanya, dia akan menyertai Atletico Madrid dengan penuh keterujaan walaupun tidak dapat menerima hakikat perlu melawan bekas kelabnya itu nanti.

“Saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menerima hakikat itu (lawan Barcelona).. harap saya dapat menerima keadaan seadanya,” keluhnya.

Barcelona dan Atletico akan bertemu dalam saingan La Liga di Stadium Metropolitano pada 22 November ini dan aksi kedua di Nou Camp pada 9 Mei 2021.

Sepanjang karier di Nou Camp, Suarez berjaya muncul sebagai pemain ketiga penjaring sepanjang masa Barcelona selepas Messi dan Neymar dengan 198 gol dalam 283 penampilan setakat ini.

Ia akan menjadi sejarah indah kepadanya.

Suarez mengakui tidak sabar bertemu kawan-kawannya semula sebagai lawan di atas padang semasa mewakili Atletico dan sentiasa bersaing dengan bekas kelabnya itu, pastinya akan memberi perasaan yang unik.-MalaysiaGazette