Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh (dua kiri) melihat proses penghantaran kotak undi menggunakan helikopter sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Penampang, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 25 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Sebanyak 20 unit helikopter akan digunakan untuk membawa peti undi dan peralatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, petugas suruhanjaya itu akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau bot sekiranya cuaca tidak mengizinkan bagi penerbangan helikopter. 

“Di antara kawasan yang agak jauh sedikit di DUN Nabawan dan Pulau Nibawan (DUN Sulabayan). Ini antara dua lokasi yang agak jauh yang mana setengah penghantaran peti undi mula dihantar pagi ini dan tengah hari ini,” katanya selepas selesai meninjau persiapan terakhir PRN Sabah di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog.

Ujar beliau, persiapan di 73 pusat penjumlahan undi berjalan lancar.

Abdul Ghani berharap proses penjumlahan  esok akan berakhir seawal 10 malam dan pengundi membuat persediaan awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka. 

PRN Sabah diadakan selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal membuarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tindakannya beliau itu susulan krisis politik di negeri berkenaan yang tercetus ekoran Tan Sri Musa Aman mendakwa menerima sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast