Mohd Asna Amin

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dirinya tidak boleh menahan sekiranya ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang mahu ‘berhjirah’ menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kontroversi.

Namun bagi penganalisis politik yang juga Penasihat Kehormat Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Mohd Asna Amin ia kerana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati pendirian setiap ahli Parlimen UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) seperti sebelum ini.

“Beliau menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN dalam membuat sebarang keputusan bagi rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lagipun, katanya, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Malah pemimpin Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebelum ini dengan jelas menyatakan pendirian tidak akan menyertai UMNO danBN yang dianggapnya parti yang sudah rosak.

“Sehubungan itu, UMNO dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong mana-mana pihak termasuk Anwar.

“Bagaimanapun ia bukanlah bermaksud Ahmad Zahid menyokong tindak tanduk pemimpin PKR itu,” katanya lagi.

Mohd Asna berpendapat apa yang cuba disampaikan ialah jika benar Anwar mendapat sokongan majoriti, ini bermakna PN kehilangan sokongan dan Pilihan Raya Umum ke -15 perlu diadakan.

Terdahulu keputusan dan ketetapan kepimpinan tertinggi UMNO sendirii jelas menolak DAP, Anwar dan apa jua keputusan ahli-ahli Parlimen secara en-bloc dan sepakat secara kolektif memperkukuh kerjasama Muafakat Nasional selian menyokong kerajaan PN.

Namun BN tidak menyertai PN sebagai salah satu parti komponen cuma menyokongnya sehingga PRU-15.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ramai ahli Parlimen BN, UMNO sokong Anwar – Ahmad Zahid