DUZCE, Turki – Yagmur Asik merancang membunuh suaminya, Emre Asik yang merupakan bekas pemain bola sepak, dengan menawarkan pembunuhan upahan sebanyak 10 juta Lira Turki (AS$1.3 juta) dan memintanya menanam mayat mangsa ditempat yang selamat, lapor media tempatan.

Rancangan pembunuhan itu gagal apabila pembunuh upahan tersebut memberitahu Emre yang pernah bermain untuk pasukan Galatasaray, Fenerbahçe and Beşiktaş.

Yagmuk dan rakannya, Erdi Sungur akan didakwa kerana cubaan membunuh.

Menurut pendakwaan yang difailkan pejabat pendakwa raya wilayah Duzce yang terletak di barat laut negara itu, Yagmur telah meminta Sungur membunuh suaminya.

“Saya menjalinkan hubungan dengan Yagmur. Dia hanya memikirkan untuk mewarisi harta selepas kematian Emre Asik. Dia meminta saya membunuh Emre tetapi saya menolaknya.

“Ada sekali dia membawa sekeping daging. Dia mahu saya menembak daging itu. Saya cuba menembak. Dia menjerit dengan marah awak boleh lakukannya,” kata Sungur dalam testimonimya kepada pendakwaraya .

Sungur kemudian memperkenalkan Yagmur kepada pembunuh upahan lain yang sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara kerana membunuh tiga orang.

Menurut pendakwaan, Yagmur akan menyediakan selaras senapang kepada pembunuh upahan dan mereka mencari kawasan tanah tinggi di pedalaman Duzce sebagai kewasan selamat untuk menanam bekas pemain boleasepak itu .

Pada saat-saat akhir, pembunuh upahan itu membatalkan rancangan tersebut.

Tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah Ducze akan dimumkan kelak.

Emre dan Yagmuk berkahwin di Perancis pada 2012 dan pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak.

Emre yang merupakan bekas pemain pertahanan tampil untuk pasukan Turki sdebanyak 24 perlawanan. – MalaysiaGazette