KUALA LUMPUR – BPG Care Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat, Meditech Gloves Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak satu juta kotak sarung tangan getah sebulan sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Ramzi Othman berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan luar biasa terutamanya dari luar negara bermula suku kedua tahun ini walaupun syarikat tersebut baru tahun pertama beroperasi.
Beliau mengakui permintaan untuk sarung tangan getah kini sangat kukuh dan pihaknya melihat tempahan jualan terhadap produk mereka meningkat lebih sekali ganda berikutan penularan pandemik Covid-19.
“Kami telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa apabila mengeksport sarung tangan getah di negara seperti Turki, Somalia, Syria dan Emiriah Arab Bersatu.”
“Tahun depan, kami mahu mengembangkan lagi pasaran eksport itu di negara Timur Tengah, Afrika dan Eropah serta Amerika Syarikat dengan sasaran jualan melebihi tiga juta kotak sebulan,” katanya.
BPG Care yang ditubuhkan pada Mei lalu kini muncul salah satu syarikat yang pesat berkembang dan membangun dan sedang membangunkan lagi kilang sarung tangan getah asli perubatan yang berkualiti tinggi.
Sementara itu, BPG Care kini memiliki ibu pejabat dan bilik pameran di Lot 446, Seksyen 67, di Jalan Bukit Bintang di sini.
Untuk maklumat bagi tempahan, orang ramai boleh layari laman web www.bpgcare.com dan media sosial Facebook dan Instagram: bpgcare serta talian 03-21101717 atau emel: marketing@bpgcare. com