TUARAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya boleh menubuhkan kerajaan negeri sekiranya semua parti di dalamnya bersatu-padu, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tidak ada satu parti yang akan berjaya, termasuklah dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN), dengan cara bergerak solo.
“Tidak ada satu parti politik atas dasar sendiri sama sendiri sahaja. UMNO tidak boleh bersendirian, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) atau PN tidak boleh bersendirian, PBS (Parti Bersatu Sabah) tidak boleh bersendirian, hanya dengan gabungan-gabungan GRS maka cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Dewan Undangan negeri (DUN) Tamparuli di Kampung Sungai Damit, dekat sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi PN Sabah merangkap Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan merangkap Ketua UMNO Bahagian Tuaran dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim.
Muhyiddin dalam gerakan kempen pada hari akhir ini turut mengingatkan rakyat supaya bijak memilih wakil rakyat dan kerajaan kerana pada akhirnya nasib mereka bergantung kepada pilihan yang dibuat ketika PRN.
“Kalau pangkah hati-hati kena fikir, ada caranya pangkah yang akan datang kebaikan. Pilih pemimpin yang baik dan boleh bekerja. Mana yang boleh selesaikan, selesaikanlah jambatan yang tidak siap, soal pendidikan, sekolah,” tambahnya. -MalaysiaGazette
Jangan jadi macam Libya, Syria etc.. Kerana masalah politik mereka rakyat merana.. Minta di jauhkan semua ni..
itu lah nasib Abah jika tikam kawan yg menolong,sekrang sdh camarba politik,tidor xlena,mandi xbasah.
Percaya sgt2 dgn Atok n Semburit n Dapigs,,mengkhianati perjuangan Umno.padamuka aku