Calon Parti Cinta Sabah N.12 Sulaman, Datuk Rekan Hussein menunjukkan jari dakwat kekal selepas membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2020.

TUARAN – Calon Parti Cinta Sabah bagi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Rekan Hussein menyifatkan proses perjalanan pengundian pagi ini memudahkan semua lapisan masyarakat.

Tidak hanya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) malah beliau kagum dengan komitmen semua petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) memastikan pengundi dapat menunaikan tanggungjawab dengan selesa.

“Saya melihat perjalanan proses pengundian begitu lancar sekali di mana petugas-petugas SPR dan lain- lain yang terlibat begitu menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga perjalanannya tidak tersekat.

“Saya berpendapat ia sesuai dengan OKU (Orang Kurang Upaya)  tidak merumitkan perjalanan pengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran dekat sini.

Dijangkakan turut mengundi di lokasi yang sama hari ini  calon Perikatan Nasional yang  yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan daripada Parti Warisan Sabah, Datuk Aliasgar Basir.

Untuk rekod DUN Sulaman ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast