Foto Instagram CHef Zam.

KUALA LUMPUR – Ibu kepada selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam, Chik Minah meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara lewat malam tadi.

Berita itu disahkan oleh Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi akaun media sosialnya.

“Saya memohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah Ma (ibu) saya.

“Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur dan menempatkan rohnya bersama para syuhada,” tulisnya.

Che Zam sebelum ini popular dengan program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia, Aroma Selebriti dan banyak lagi.

Sementara itu, allahyarham Chik Minah yang menghidap pneumonia dirawat di hospital sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya sejak beberapa hari lalu berdasarkan gambar-gambar di media sosial oleh anaknya itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast