Petugas media menunggu bagi membuat liputan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 SEPTEMBER 2020

PETALING JAYA – Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat di ibu pejabat PKR di sini, petang ini.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin kanan termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu enggan ditemui media sebaik keluar dari bilik mesyuarat.

Selain beliau, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadhil dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad juga mengunci mulut dari soalan wartawan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bermula kira-kira pada jam 3 petang ini.

Rabu lalu, pada sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu, sekali gus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, Anwar yang juga Presiden PKR gagal mengadap Yang di-Pertuan Agong kerana baginda dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan kegeringan.

Berikutan itu Istana Negara mengeluarkan kenyataan baginda perlu menjalani rawatan dan di bawah pengawasan pakar selama satu minggu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam jawapan kepada media berkata, PH mengadakan mesyuarat bulanan.

“Hari ini mesyuarat bulanan PH, tak ada apa-apa,” katanya ringkas.

Beberapa pemimpin PH yang dilihat hadir ialah Akmal Nasrullah Nasir, Datuk Dr. Hatta Ramli, Dr. Dzulkifli Ahmad, Gobind Singh Deo, Senator Datuk Husam Musa, Loke Siew Fook, Kulasegaran dan Datuk Dr. Xavier Jayakumar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kecelaruan politik tanah air sering sahaja ditimbulkan. Kerana masing-masing gila kuasa, yang merana rakyat.
    Tidakah terfikir bagaimana hendak diselesaikan bagaimana caranya untuk membantu rakyat dari segi sara hidup dalam menangani covid 19 ini.

    Allahuakbar……..kalau ye! pun tunggulah pilihanraya kita tentukan siapa yang layak.
    Hanya pembubaran parlimen sahaja yang boleh sedikit melegakan hati rakyat. Harap Agong dapat buat sesuatu jika terdesak kerana rakyat sudah mula bosan dengan pemimpin yang tamak dengan kuasa.

  2. Sepatunya Pas mempunyai suara, memberi pandangan atau nasihat sepertimana yang diharapkan oleh sahabat baru dalam Muafakat Nasional. Rakyat melihat Pas seolah terlena dengan habuan,bulan bintang serta bisikkan menggoda yg diberi oleh pimpinan.

Comments are closed.