Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan pada jam 10.35 pagi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.