Foto hiasan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi dekat  sini ditutup bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Pengarahnya Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu, bagaimanapun tempoh penutupan akan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kelak.

“Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut telah menjalani ujian saringan COVID-19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.

“Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya buat masa ini semua tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast