MELAKA – Kompleks Seri Negeri ditutup sementara, bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan pencegahan awal COVID-19, di kawasan berkenaan.
Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Hasim Hasan berkata, penutupan itu melibatkan keseluruhan kompleks berkenaan termasuk kediaman rasmi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
“Ya, kita tutup hari ini untuk kerja-kerja disinfeksi di seluruh bangunan pejabat Seri Negeri, termasuk kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang boleh saya sahkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
“Proses sanitasi dilakukan selepas bomba mendapat permintaan daripada pihak pengurusan kompleks berkenaan dan proses nyah cemar itu hanya melibatkan sebuah blok sahaja iaitu Blok Laksamana”, katanya.
Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman ketika dihubungi memaklumkan sebarang pemakluman rasmi akan dibuat Kementerian Kesihatan dalam sidang media harian petang ini.
Hari ini tular di media sosial Kompleks Seri Negeri ditutup serta-merta pagi tadi selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan positif COVID-19.
— Bernama