Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Semua kemasukan pelajar asing baharu dan sedia ada ditangguhkan, termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Penangguhan itu sehingga 31 Disember 2020.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, langkah ini selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal/bersemuka pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

”Jabatan ini juga difahamkan bahawa KPT telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa,” katanya. – MalaysiaGazette

Tangguh pendaftaran bersemuka IPT – KPT