KUALA LUMPUR – Kenakan hukuman sebat dan penjara kepada pengusaha kilang yang membuang racun ke dalam sungai.
Itu saranan Presiden Pertubuhan Khazanah Alam (PEKA) Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil.
“Saya sarankan hukuman sebat dan penjarakan tauke- tauke kilang yang buang segala racun dalam sungai.
“(Ini) kerana perangai mereka yang tidak bertanggung jawab, semua susah,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Beliau dipercayai merujuk kepada penutupan sekali lagi loji air gara-gara pencemaran bau di Sungai Semenyih malam tadi.
Sharifah Sabrina juga menegur pihak penguat kuasa supaya menggunakan peralatan yang lebih efektif mengesan pencemaran termasuk dron.
“Yang penguat kuasa ini semua buat apa? Pakailah dron, nak seribu daya,” ujarnya lagi.
Sabrina dalam hantaran media sosialnya turut memuat naik gambar dari dron memaparkan air yang hitam mengalir ke Sungai Semenyih.- MalaysiaGazette
yes. a harsh punishment to all offender is long overdue.