KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (Geramm) meminta semua pihak terutamanya pemimpin negara yang menjemput media untuk membuat liputan supaya mengambil maklum tentang status kesihatan masing-masing.
Ini kerana menurutnya, kesibukan para pemimpin menghadiri pelbagai acara sejak kebelakangan ini akan meningkatkan risiko jangkitan wabak Covid-19.
Tambahan pula sekiranya mereka mempunyai rekod perjalanan ke daerah yang mencatatkan kes positif.
Sekiranya terdapat keraguan, mereka perlu membuat makluman segera supaya langkah pencegahan boleh diambil oleh pengamal media yang menghadiri acara berkenaan.
“Seseorang pemimpin politik yang pulang dari Sabah dan sedang menjalani kuarantin disarankan mengemaskini status kesihatan, sama ada negatif atau positif daripada jangkitan Covid-19.
“Pemakluman status kesihatan mereka di media sosial membantu wartawan dan orang awam yang pernah berinteraksi dengan mereka.
“Geramm turut mengambil maklum seorang pengamal media yang pulang dari membuat liputan Pilihanraya Negeri Sabah telah disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.
“Diharap semua #kawangeramm yang sedang menjalani proses kuarantin setelah pulang dari Sabah akan terus bersabar sehingga tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, Geramm juga mengambil maklum kerisauan pengamal-pengamal media yang turut sama bertugas di barisan hadapan ketika pandemik ini.- MalaysiaGazette
Sabah epicenter gelombang ketiga penyebaran COVID-19 di Malaysia?
Tu la…, siapa suroh buat PRU? Ia betul2 menyusahkan rakyat!