KUALA LUMPUR – ADUN Kota Damansara, Shatiri Mansor bersama isteri serta dua anaknya disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Beliau dan tujuh individu dari pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara menjalani saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Sabah pada 27 September lalu.
Katanya, kesemua mereka diarah menjalani kuarantin di rumah sehingga 11 Oktober.
Bagaimanapun pada 30 Oktober lalu pihak pejabat kesihatan telah memaklumkan bahawa isterinya positif Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
“Hari ini, saya menerima panggilan doktor kesihatan Petaling bahawa saya positif Covid 19 dan 2 anak saya positif,” katanya dalam rakaman video yang dimuatnaik di laman Facebooknya malam tadi.
Menurut Shatiri, tiga lagi yang menjalani saringan bersama beliau sehingga kini masih negatif Covid-19 dan menjalani kuarantin sehingga 16 Oktober.
Beliau turut berjanji pusat khidmat DUN Kota Damansara beroperasi seperti biasa. – MalaysiaGazette