KUALA LUMPUR – Penularan pandemik Covid-19 boleh dielak sekiranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak rakus untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Nazir Helmi berkata, bekas Ketua Menteri itu boleh memilih untuk menyelamatkan Sabah dan negara dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti.
“Bagaimanapun, beliau (Mohd Shafie) begitu rakus, tidak mahu kehilangan jawatan Ketua Menteri, maka beliau menasihati Yang di-Pertua Negeri supaya membubarkan DUN dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Akibatnya, kerajaan, negara dan rakyat menerima kesan yang cukup besar dengan kadar jangkitan Covid-19 meningkat secara mendadak.
“Jika beliau memilih untuk menyelamatkan negara, sudah pasti beliau perlu rela menerima hakikat, dan kejadian buruk ini dapat dielakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun, kata Nazir, belum reda lagi keadaan itu, ada seorang lagi tokoh Pakatan Harapan (PH) yang sedang mencuba perkara sama di negara ini, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, tindakan Presiden PKR itu seolah cuba meletakkan nyawa rakyat sebagai taruhan melalui kenyataannya yang mempunyai majoriti untuk menukar kerajaan.
Sedangkan, jelas beliau, perkara itu masih lagi tidak dipastikan, tetapi kerana hendak mengejar kedudukan sebagai perdana menteri, beliau menggalakkan ke arah Pilihan Raya Umum (PRU).
“Kita melihat, ini adalah cubaan kamikaze yang cukup jijik jika benar PRU mahu dilakukan oleh beliau, sedangkan rakan sekutu dalam PH sendiri pun masih terpinga-pinga terhadap langkah yang dibuat olehnya.
“Pemuda Pas menyeru Anwar tunjuk contoh teladan yang baik sebagai ‘orang tua’ yang ingin melihat Malaysia terus berada dalam keadaan selamat tanpa memikirkan perut dan isi kepentingan peribadinya.
“Lihatlah apa yang berlaku kepada Sabah dan beberapa tempat lagi yang sudah terkesan. Bersimpatilah kepada rakyat yang sedang mahu membangunkan kehidupan mereka setelah melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang cukup memeritkan,” katanya. – MalaysiaGazette
Yang rakus adalah kamu,
Kamu hanya tau tuding jari pada DSSA atas pembubaran DUN Sabah hingga membawa pada PRN, sedang hakikatnya kamu yang memulakan rampas kuasa, begini ka sikap sebenar keislaman kamu, hanya tau cari kesalahan orang lain sedang kesalahan diri sendiri tak dibetulkan???
Nya kamu dari bumi Sabah, kami tak perlukan manusia yang berlagak macam malaikat tapi perangai macam setan
Nmpak lebai Pas nmpaklh kebodohan abadi disitu .. Fact
shafei tak sanggup serah kuasa pada perompak. dia rela kalah tapi orang lain berkuasa bukan perompak. walau pun pas dapat bahagian dalam kemenangan itu tapi dia masih pandang orang lain bersalah. dia dan sekutunya tetap bersih. mungkin sebab islam melayu lah konon.
Yang zolim itu pas
Yang rakus itu umno
Yang tamak itu bersatu