Foto Facebook Dr Maszlee Malik.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melahirkan rasa syukur kerana usaha beliau membawa restoran makanan segera popular, McDonald’s ke kawasannya menjadi kenyataan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, pembukaan McDonald’s tersebut diharap menjadi salah satu punca pekerjaan untuk anak tempatan dan membuat kitaran ekonomi setempat bergerak dengan lebih baik.

Jelas Maszlee, beliau telah bertemu dengan Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar pada penghujung tahun 2019.

“Tujuannya adalah untuk mengadakan usahasama dengan syarikat ternama ini dan membangunkan sebuah outlet McDonald di Simpang Renggam sendiri.
“Semalam, saya dimaklumkan bahawa tapak pembinaan outlet McDonald telah pun disediakan di sini.
“Papan tanda telah dibawa naik dan proses pembinaan akan berjalan. Outlet ini dijangka siap pada hujung tahun nanti, insya Allah. Saya amat gembira dan bersyukur dengan kerjasama ini.
“Harapan saya adalah agar pembukaan outlet McDonald ini akan menjadi salah satu punca pekerjaan anak tempatan Simpang Renggam dan kitaran ekonomi setempat dapat bergerak dengan lebih baik ,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Maszlee turut memberitahu, sehingga semalam seramai 531 pemohon telah menerima bantuan berjumlah RM65,901 bagi dana yang dikutip untuk golongan mahasiswa yang terjejas selepas institut pengajian tinggi awam ditangguhkan pembukaan bagi semester baharu, minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itu yang dia nak bangga. Kalau produk makanan pengusaha Sempang Renggam dapat tembusi pasaran antarabangsa bolehlah nak bangga. McDonald tu kg orang asli pun ada kot.

Comments are closed.