Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil keputusan selari dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila menangguhkan operasi sekolah kelolaannya untuk tempoh dua minggu bermula hari ini.

Langkah itu adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekolah seliaan jabatan itu, kata Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad.

Bagaimanapun beliau berkata, sepanjang tempoh itu pengetua, guru besar dan ketua guru akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah mengikut kesesuaian.

“Jais sentiasa memantau situasi di Selangor dan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung keadaan semasa.

“Penangguhan ini akan terus berkuat kuasa sehingga terdapat arahan lain. Ia dibuat demi menjaga kemaslahatan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat umum,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Semalam, KPM memutuskan penutupan 298 sekolah merangkumi peringkat rendah, menengah serta swasta yang berdaftar dengan pihaknya di seluruh Petaling mulai esok hingga 25 Oktober susulan daerah itu dikategorikan dalam zon merah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast