Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kaunter Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Wangsa Maju akan ditutup sementara mulai 15 Oktober 2020 bagi memberi laluan operasi perpindahan cawangan ke bangunan baharu.

Oleh itu, penduduk di sekitar Wangsa Maju yang mahu membuat permohonan baharu BPN 2.0 memohon secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/ atau hadir ke cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast