Mohd Zuki Ali

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua perkhidmatan kerajaan tetap beroperasi dengan penjawat awam mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, cara itu mengambil kira aspek keperluan dan kebajikan mereka.

Menurutnya, setiap ketua jabatan dikehendaki untuk mematuhi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan bertarikh 2 Mei 2020.

“Ketua jabatan juga hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan sewajarnya dalam perkara ini di samping memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai face mask dan menyediakan hand sanitizer.

“Pelaksanaan ini turut digunapakai bagi mana-mana kawasan yang diisytiharkan PKPB.

“Dalam hal ini, penggunaan aplikasi atas talian juga perlu diberi keutamaan bagi meminimakan perkhidmatan secara bersemuka seperti perkhidmatan kaunter dan mesyuarat selari dengan amalan penjarakan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zuki, Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PKPB di Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya – Ismail Sabri