Foto Twitter Sana Khan.

INDIA – Pelakon popular Bollywood, Sana Khan mengambil keputusan berhijrah dan memaklumkan akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya.

Hindustan Times melaporkan Sana turut membayangkan dia tidak ingin lagi terlibat dalam industri hiburan dan mahu mendekatkan diri dengan agama.

Sana juga berharap dia mengambil keputusan yang tepat dan berdoa supaya Allah menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.


“Saya nekad untuk menghabiskan hidup mengikuti ajaran pencipta dalam melayari kehidupan sebagai manusia.

“Mulai hari ini dan seterusnya, saya telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal pada dunia hiburan saya selamanya,” tulis wanita berusia 32 tahun itu.

Sana Khan memulakan karier seni sejak 2005 dan telah membintangi puluhan filem serta drama televisyen serta terkenal dengan penampilan seksi.

Sejak kebelakangan ini, namanya sering menjadi pilihan sebagai calon dalam program anugerah terbesar di India dan Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.